Pendidikan dan kawalan perundangan Perubatan

Rencana–rencana utama: Pendidikan perubatan dan Perlesenan perubatan
Pelajar-pelajar perubatan mempelajari tentang jahitan sutur

Pendidikan dan latihan perubatan berbeza-beza merentasi dunia. Ia selalunya merangkumi pendidikan awal kemasukan di universiti yang menawarkan pengajian perubatan, yang kemudiannya disusuli sebuah jangka waktu praktis di bawah seliaan atau sebagai doktor siswazah atau residen. Ini kemudiannya boleh diteruskan dengan kursus vokasional pasca-siswazah. Pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dalam pendidikan perubatan, dan ia masih menjadi subjek kajian yang aktif. Di Kananda dan Amerika Syarikat, ijazah Doktor Perubatan (Doctor of Medicine, atau M.D.), atau Doktor Perubatan Osteopatik (unik untuk AS) harus ditamatkan dan mesti terhasil daripada universiti yang diiktiraf. Oleh kerana pengetahuan, teknik, dan teknologi perubatan terus berkembang pada kadar yang pantas, kebanyakan penguasa peraturan memerlukan pendidikan perubatan berterusan. Pengamal-pengamal perubatan meningkatkan pengetahuan mereka melalui berbagai-bagai cara, sama ada melalui jurnal perubatan, seminar, persidangan, dan program-program atas talian.

Ibu pejabat Organización Médica Colegial de España, yang mengawal atur profesi perubatan di Sepanyol

Di kebanyakan negara, ia menjadi keperluan undang-undang untuk setiap doktor perubatan mempunyai lesen dan didaftarkan. Secara umum, ini memerlukan ijazah perubatan dari sebuah universiti, dan pentauliahan oleh lembaga perubatan atau organisasi kebangsaan yang seangkatan dengannya, yang memerlukan pemohon untuk melepasi peperiksaan. Ini mengehadkan autoriti undang-undang bagi profesi perubatan hanya kepada doktor-doktor yang telah dilatih dan berkelulusan menurut standard kebangsaan. Ini juga bertujuan untuk menjamin keselamatan pesakit-pesakit dan melindungi daripada penyemu-penyemu untuk mengamalkan perubatan untuk kepentingan sendiri. Walapun undang-undang memerlukan para doktor untuk dilatih dalam “perubatan berasaskan bukti”, Barat, atau perubatan Hippokratik, ia tidak bertujuan melarang amalan daripada paradigma kesihatan yang berbeza. Dalam Kesatuan Eropah, profesi doktor perubatan dikawal atur. Sesebuah profesi dikatakan di kawal atur sekiranya kemasukan dan praktis memerlukan pemilikan pentauliahan professional yang tertentu.Pangkalan data pekerja terkawal mengandungi senarai pekerja-pekerja dalam kawalan bagi doktor-doktor perubatan dalam negara Kesatuan Eropah, negara-negara EEA, dan Switzerland. Senarai ini termasuk dalam Arahan 2005/36/ECDoktor-doktor yang cuai atau membahayakan dengan niat dalam penjagaan pesakit-pesakit mereka boleh menghadapi dituduh untuk penyelewangan dalam perubatan, dan boleh dikenakan tindakan sivil, jenayah, atau profesional.

Rujukan

WikiPedia: Perubatan http://www.racp.edu.au/index.cfm?objectid=49EF1EB5... http://www.medicine.mcgill.ca/MJM/issues/v08n01/cr... http://www.blackwellpublishing.com/eccmid16/abstra... http://www.britannica.com/eb/article-9106176?query... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://journals.lww.com/nursing/Fulltext/2006/1100... http://www.managedcaremag.com/archives/0401/0401.f... http://www.medicalnewstoday.com/articles/161858.ph... http://www.mercksource.com/pp/us/cns/cns_hl_dorlan... http://michaelservetusresearch.com/ENGLISH/works.h...